EJEN2U | Platform Sistem Pengurusan Ejen Paling Komprehensif - Ejen2u merupakan satu platform pengurusan ejen berasaskan awan (cloud) paling komprehensif semenjak 2019. Dengan gabungan kepakaran mentor-mentor lebih daripada 20 tahun dalam bidang ejenship & business digitalization, Ejen2u yakin dapat membantu pemilik bisnes untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan mereka disamping menguruskan ejen & stokis mereka secara digital berbanding secara manual seperti kebiasaan. Sebelum ini Ejen2u telah membantu pemilik bisnes utk scale up bisnes mereka kepada 8x ganda dalam masa hanya 7 bulan sahaja.
Sedikit sejarah Ejen2u. Mula diperkenalkan pada tahun 2019, Ejen2u telah melalui pelbagai fasa untuk bertahan sehingga sekarang. Bermula dengan hanya 6 orang top management dan telah berkembang kepada hampir 60 orang termasuk 7 orang team dari Indonesia telah membuktikan betapa seriusnya Ejen2u dalam mengejar misi dan visi syarikat. Selain itu, team juga dilatih untuk berpegang dengan 6 core values syarikat iaitu Work with honesty, Grow together, Build harmony relationship, Improve continously, Take care of each other dan Be proud and appreciative.
Tambahan pula, menurut data dalam sistem EjenGO (yang dahulunya dikenali sebagai sistem Ejen2u) juga telah berjaya menyumbang sebanyak suku billion kepada ekonomi negara. Tanpa sokongan dan kepercayaan daripada pemilik bisnes di luar sana, bukanlah mudah untuk Ejen2u sampai ke tahap yang amat membanggakan ini.
Hasil penat lelah bersama team Ejen2u dan juga Top Management dalam membangunkan Ejen2u dengan niat ingin memberi manfaat kepada bisnes Founder yang menggunakan ejen dalam perniagaan mereka, pelbagai pencapaian yang telah diraih termasuklah menerima pengiktirafan dari pelbagai agensi seperti 500 Startups yang merupakan sebuah investor dari Silicon Valley USA, MDEC, Cradle, dan pelbagai lagi. Baru-baru ini juga, Ejen2u telah dianugerahkan oleh Ikon Malaysia dengan anugerah ‘Most Trusted Brand SME Digital Solution of The Year’ dan diterima oleh Tuan Sheikh Ezaiddin, CEO Ejen2u. Penganugerahan yang tidak disangka ini memberikan nikmat yang manis dalam kalangan Team Ejen2u. Kami berbesar hati dan akan meneruskan perjuangan dalam menyediakan lebih banyak lagi penyelesaian dalam sektor dunia ejenship ini.
Kesimpulannya, jika anda pemilik perniagaan yang sedang mencari sistem untuk menguruskan ejen dan berhasrat melancarkan lagi operasi bisnes ejenship, kami amat mengalu-alukan untuk anda sertai sesi preview secara percuma! Klik sahaja link ini. Sesi Preview Bersama Ejen2u . Sekian, jumpa anda di angkasa kejayaan.